Saeed Butt dan isterinya, keluarga Islam dari Pakistan, tinggal di Nyack, di Rockland, New York, sebuah kawasan perumahan yang indah. Selepas mendengar ceramah mengenai larangan riba dalam Islam, mereka telah menjual rumah mereka, membayar pinjaman bank dan kini menyewa sebuah apartment yang kecil – bebas dari hutang dan riba. Mereka gembira, cuma bank yang tidak gembira! Semoga Allah menerima taubat dan mengampuni mereka kerana telah melanggar larangan riba dalam Islam. Dan semoga Allah merahmati mereka atas keimanan mereka dan sentiasa melindungi mereka dari dosa riba. Ameen! Buku ini didedikasikan kepada mereka.
Kita semua melakukan dosa dalam kehidupan, akan tetapi jika kita berpaling dengan ikhlas kepada Allah, dan tidak mengulanginya, Allah telah menjanjikan keampunan! Ada orang yang telah mendengar mengenai larangan riba dan masih belum berpaling dari riba, demi taat kepada Islam, dan takut akan Allah, seperti Saeed dan isterinya! Buku ini ditulis untuk orang-orang yang sedemikian dengan harapan, mereka juga akan merenung tajuk ini dan bertindak sebelum terlambat!
Reviews
There are no reviews yet.